11.11.2018

Rezeki

Salam,

Lately ni Alhamdulillah terasa bagai dimurahkan rezeki sangat terutama bulan lepas, Oktober. Dapat banyak sangat hadiah dan juga buah tangan dari keluarga dan juga kawan-kawan, rasa macam birthday pula. Tapi ini banyak dari hadiah birthday hari tu. Alhamdulillah 😍 Terima kasih semua yang memberi moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki, InsyAllah..

Umie, selalu pesan jangan tinggal Dhuha dalam sehari cari masa untuk tunaikan besar manfaatnya tak lama pun dua rakaat je. I'm trying my best untuk melaksanakannya moga terus istiqomah wahai diri. Selain tu, setiap hari Jumaat ada juga la masak-masak sikit untuk makan dengan kawan-kawan di tempat kerja. Kalau masak banyak ramai la dapat merasa, kalau sikit kita pakat kongsi yang sikit tu pakat-pakat merasa. Puas hati tengok orang makan masakan kita lagi-lagi kalau mereka makan tambah-tambah rasa nak senyum lebau-lebau orang kata sedap. 😋

Tapi betullah bila kita memberi Allah akan tambah lagi rezeki kita. Kadang waktu yang kita tak jangka pun. Nak murah rezeki jangan kedekut dengan orang terutama dengan keluarga lagi- lagi mak ayah kita, adik beradik. Tak rugi pun sebenarnya bila kita memberi si penerima akan mendoakan kita. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak Allah bagi pada kita. Kadang-kadang benda tu nampak simple je tapi ganjaran dia memang sangat ajaib..

Rezeki tak semestinya datang dari segi wang ringgit sahaja, dikelilingi orang yang baik-baik tu pun dikira rezeki. Ada masa Allah temukan kita dengan orang yang tak sepatutnya yang boleh buat kita rasa sedih, kecewa, dan juga marah tapi InsyAllah itu bertujuan untuk didik hati kita jadi lebih sabar dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Hidup ini kalau nak tengok dari sudut negative saja memang takkan best, hidup pun rasa boring je. Cuba ubah, negative kepada positif insyAllah everything turns out very well. Lets do it guys! till then......adios 💋

No comments:

Post a Comment

Bahagia

Hey, rindu sangat nak spend masa menaip disini, rindu nak taip panjang-panjang bercerita macam- macam seperti dulu lagi. Tapi apakan daya k...