3.30.2019

If you ever know how it makes me feel..too tired with all these nonsense. Sebab seorang nyanyuk terkena tempiasnya at the first place sabar-sabar lagi. When it comes to many many times entah sabar tu hilang entah kemana. Ada masa terkilan rasanya bila kita takde kena mengena tapi kita sering dipersalahkan atas kesalahan yang kita sendiri tak buat dan orang sekeliling macam biasalah dengar sebelah pihak dengan alasan dia lebih tua. Oh come on......tolong jadi adil boleh tak? and dia ni pun  nyanyuk bukan sebarang nyanyuk okey. Nyanyuk ini pandai mengenakan orang. Bila kita ada bukti then keluarlah "eh lupa pula, biasa la orang tua nyanyuk..." 👴 Ya Allah tolong kuatkan aku.

Ya Allah sampai bila nak sabar ni? Please give me something better than ni😡 Ya Allah tolonglah. Selagi mampu sabar akanku cuba. Dear F, you said selalu submit doa banyak-banyak kalau hari ini Allah tak perkenankan InsyAllah esok lusa. Surat cinta ni tiada had limit untuk submit. Yang mana aku sentiasa percaya setiap pahit akan ada manisnya. Moga manisnya cepat datang!

Forgiveness is not for other person it's for ourself. Life is so worthwhile no matter what happen to us, no matter what he had been through, no matter what your past is each of us deserve to be happy. Bad things do happen but that doesn't mean that they need to define us or to destroy our life....please remind me this forever!

Kadangkala kecewa itu perlu untuk sedarkan diri bahawa ada yang perlu diubah, ada yang perlu dibaiki dan ada yang perlu dilepaskan. Hidup ini adalah tentang menerima hakikat yang sesuatu keadaan itu takkan kekal selamanya. Buat masa masa ini hanya doa mampu aku utuskan, pray until this situation changes sebab aku percaya miracles happen every day. So never stop believing Allah can change things very quickly. Have faith InsyAllah. Doakan aku kalian.. 😢 



11.11.2018

Rezeki

Salam,

Lately ni Alhamdulillah terasa bagai dimurahkan rezeki sangat terutama bulan lepas, Oktober. Dapat banyak sangat hadiah dan juga buah tangan dari keluarga dan juga kawan-kawan, rasa macam birthday pula. Tapi ini banyak dari hadiah birthday hari tu. Alhamdulillah 😍 Terima kasih semua yang memberi moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki, InsyAllah..

Umie, selalu pesan jangan tinggal Dhuha dalam sehari cari masa untuk tunaikan besar manfaatnya tak lama pun dua rakaat je. I'm trying my best untuk melaksanakannya moga terus istiqomah wahai diri. Selain tu, setiap hari Jumaat ada juga la masak-masak sikit untuk makan dengan kawan-kawan di tempat kerja. Kalau masak banyak ramai la dapat merasa, kalau sikit kita pakat kongsi yang sikit tu pakat-pakat merasa. Puas hati tengok orang makan masakan kita lagi-lagi kalau mereka makan tambah-tambah rasa nak senyum lebau-lebau orang kata sedap. 😋

Tapi betullah bila kita memberi Allah akan tambah lagi rezeki kita. Kadang waktu yang kita tak jangka pun. Nak murah rezeki jangan kedekut dengan orang terutama dengan keluarga lagi- lagi mak ayah kita, adik beradik. Tak rugi pun sebenarnya bila kita memberi si penerima akan mendoakan kita. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak Allah bagi pada kita. Kadang-kadang benda tu nampak simple je tapi ganjaran dia memang sangat ajaib..

Rezeki tak semestinya datang dari segi wang ringgit sahaja, dikelilingi orang yang baik-baik tu pun dikira rezeki. Ada masa Allah temukan kita dengan orang yang tak sepatutnya yang boleh buat kita rasa sedih, kecewa, dan juga marah tapi InsyAllah itu bertujuan untuk didik hati kita jadi lebih sabar dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Hidup ini kalau nak tengok dari sudut negative saja memang takkan best, hidup pun rasa boring je. Cuba ubah, negative kepada positif insyAllah everything turns out very well. Lets do it guys! till then......adios 💋

10.28.2018

Mula - mula

Bismillahirrohamnirrohim....


"Ya Allah........."


Sederhana indah yang aku dambakan mungkin tidak sama dengan orang lain. Malah ia mungkin juga biasa di mata masyarakat sekeliling. Walau sederhana indah yang aku inginkan ini biasa InsyAllah ia lebih dari cukup.  Doa-doakan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ye! 😊

Mungkin akan tercoret sedikit sebanyak cerita disini. Cerita mungkin sekadar cerita dan mungkin cerita yang akan jadi kenangan suatu masa nanti. Insan kerdil yang biasa-biasa ini kerap kali kecewa ditolak bagai tiada nilai. Tapi kita dimata manusia tidak sama dengan kita dimata Tuhan. Usah kecewa TuhanMu masih ada dan Dia Maha Mengetahui. Walau ramai yang menolak tapi ramai juga yang sayangkan? 

Kecewa, maka berceritalah denganNya, dengan Tuhan yang satu, Allah. Never underestimate the power of Doa. Power dia sangat luar biasa. Ada masa mengadulah pada Dia, berceritalah sebanyak mana nak bercerita walau nak menangis sekalipun. Sebab Allah Maha Mendengar. 

Bahagia

Hey, rindu sangat nak spend masa menaip disini, rindu nak taip panjang-panjang bercerita macam- macam seperti dulu lagi. Tapi apakan daya k...