9.10.2019

Bahagia

Hey, rindu sangat nak spend masa menaip disini, rindu nak taip panjang-panjang bercerita macam- macam seperti dulu lagi. Tapi apakan daya kekangan waktu dan komitmen menghalang perhubungan kita 😋 ada yang ditaip tapi tak berkesudahan ceritanya akhirnya mampu masuk "draf'" mungkin disitu tempat selayaknya nak sambung entah bila pun tak pasti.. maafkan saya. 

So, harapnya bercerita disini boleh menjadi kenangan untuk dibaca satu hari nanti. Kebelakangan ni banyak benda terjadi. Sometimes, I just need my me time yes alone! mungkin ada masa bersendirian itu lebih baik. Untuk muhasabah diri, untuk fikir apa yang perlu diubah to be a better person. InsyAllah. Seiring dengan waktu people come and go. Itu biasa. Don't get me wrong saya tak marah pun siapa yang nak walk away from my life. Yes I do appreciate each one of you!

Bagi saya setiap orang yang kita kenal, itu adalah satu pertemuan yang ditentukan oleh Tuhan. Setiap yang kita kenal, mereka ini membawa peranan yang mungkin kita boleh ambil dari mereka. Kita semua ada macam-macam kisah, jadi bila kita berkenalan dengan seseorang itu mungkin Tuhan nak kita belajar sesuatu dari kisah hidup mereka berdasarkan pengalaman hidup yang mereka lalui. Yang baik kita jadikan contoh, yang buruk kita jadikan iktibar. Ingat kasut yang kita semua pakai tak sama jadi kita kena belajar dari pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain ngerti? Nama pun pengalaman mematangkan kita tak gitew?

Dan satu perkara lagi bila kita mula belajar dari kisah hidup orang lain kita akan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dalam sesebuah kehidupan kadang-kadang kita rasa "susahnya life ni....kan best kalau jadi macam dia tu.." once this thought pop up in your head tanpa kita sedar orang yang kita rasa bestnya life dia tu menginginkan life kita. Mungkin "best" yang dia ada tu macam-macam dia dah hadap yang kita nampak senangnya dia tapi kita tak nampak betapa susahnya dia nak berada di tahap tu. Learn to appreciate apa yang kita ada. Menghargai setiap sesuatu dari sekecil-kecil perkara... InsyAllah kita akan lebih bahagia. 😉😉😉

Semoga kita semua ditemukan dengan kebahagiaan
Kebahagiaan yang lebih sempurna
Kebahagiaan yang berganda-ganda lebih baik
Agar hidup tidak sibuk berbicara tentang apa yang dimiliki orang lain
ataupun tentang apa yang tidak kita miliki
semoga kita sentiada merasa cukup dengan apa yang kita ada
Semoga kita sentiasa bahagia. 




5.26.2019

Precious Suprise #blessed

Bismillahirrohmanirrohim...


Hai again blog maafkan tuanmu ini tidak seistiqomah mana, wish to post every single day tak pun every week tapi hampeh end up sebulan sekali mungkin? 😅 Ya ampun...okey back to our story lagi beberapa hari kita semua umat islam nak berayakan? Lets do some flashback shall we? Second week of Ramadhan kalau tak silap masa tu kat umah chik kita semua tengah lepak sambil bercerita pasal umrah ziarah Cikma dan Pok Nik ke Tanah Suci. Tiba-tiba chik " atie pun ikut sekali trip ni hadiah dari aku dengan Ros Ayu.." and I was like "eh betul ke ni?" rasa macam bermimpi... Serious bermimpi. Terharu rasa nak nangis pun ada...

Siapa taknak pergikan? Jejak kaki ke sana tengok rumah Allah , ziarah tempat bersejarah. Deep inside my heart hajat tu ada tapi tak tahu lagi bila sebab buat masa ni tengah kumpul duit untuk kawin eventho aku loser takde sesapa. Atleast aku berusaha untuk kumpul duit sendiri tak harapkan orang lain 100%. Alhamdulillah duit yang dikumpul pun almost capai target da pun. Basically semalam moksu text bagi details payment. Payment pun dah dibuat InsyAllah 13 Disember nanti akan ke sana bersama Moksu, Pok Nik, Cikma & Shahira. Alhamdulillah.

Rezeki nie memang tak pernah kuduga. My tears burst out! Ya Allah permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Harap sangat by that time abe da balik so boleh la dia teman umie. Risau juga umie sorang-sorang. Dalam hidup ni terlalu ramai yang dah berjasa pada aku. Sometimes aku sendiri tak tahu macam mana nak balas baik segala budi orang padaku, hanya mampu kutitipkan dalam setiap doa moga mereka semua yang aku sayang ni diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan mereka. InsyAllah.

Mungkin dah boleh start buat preparation sikit-sikit beli apa yang perlu kot walau lambat lagi tapi its better to start now dari last minutekan? kang mula adala yang tertinggal la ape la.. mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kami ini. Amin. Doakan kami kalian... adios.

3.30.2019

If you ever know how it makes me feel..too tired with all these nonsense. Sebab seorang nyanyuk terkena tempiasnya at the first place sabar-sabar lagi. When it comes to many many times entah sabar tu hilang entah kemana. Ada masa terkilan rasanya bila kita takde kena mengena tapi kita sering dipersalahkan atas kesalahan yang kita sendiri tak buat dan orang sekeliling macam biasalah dengar sebelah pihak dengan alasan dia lebih tua. Oh come on......tolong jadi adil boleh tak? and dia ni pun  nyanyuk bukan sebarang nyanyuk okey. Nyanyuk ini pandai mengenakan orang. Bila kita ada bukti then keluarlah "eh lupa pula, biasa la orang tua nyanyuk..." 👴 Ya Allah tolong kuatkan aku.

Ya Allah sampai bila nak sabar ni? Please give me something better than ni😡 Ya Allah tolonglah. Selagi mampu sabar akanku cuba. Dear F, you said selalu submit doa banyak-banyak kalau hari ini Allah tak perkenankan InsyAllah esok lusa. Surat cinta ni tiada had limit untuk submit. Yang mana aku sentiasa percaya setiap pahit akan ada manisnya. Moga manisnya cepat datang!

Forgiveness is not for other person it's for ourself. Life is so worthwhile no matter what happen to us, no matter what he had been through, no matter what your past is each of us deserve to be happy. Bad things do happen but that doesn't mean that they need to define us or to destroy our life....please remind me this forever!

Kadangkala kecewa itu perlu untuk sedarkan diri bahawa ada yang perlu diubah, ada yang perlu dibaiki dan ada yang perlu dilepaskan. Hidup ini adalah tentang menerima hakikat yang sesuatu keadaan itu takkan kekal selamanya. Buat masa masa ini hanya doa mampu aku utuskan, pray until this situation changes sebab aku percaya miracles happen every day. So never stop believing Allah can change things very quickly. Have faith InsyAllah. Doakan aku kalian.. 😢 



11.11.2018

Rezeki

Salam,

Lately ni Alhamdulillah terasa bagai dimurahkan rezeki sangat terutama bulan lepas, Oktober. Dapat banyak sangat hadiah dan juga buah tangan dari keluarga dan juga kawan-kawan, rasa macam birthday pula. Tapi ini banyak dari hadiah birthday hari tu. Alhamdulillah 😍 Terima kasih semua yang memberi moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki, InsyAllah..

Umie, selalu pesan jangan tinggal Dhuha dalam sehari cari masa untuk tunaikan besar manfaatnya tak lama pun dua rakaat je. I'm trying my best untuk melaksanakannya moga terus istiqomah wahai diri. Selain tu, setiap hari Jumaat ada juga la masak-masak sikit untuk makan dengan kawan-kawan di tempat kerja. Kalau masak banyak ramai la dapat merasa, kalau sikit kita pakat kongsi yang sikit tu pakat-pakat merasa. Puas hati tengok orang makan masakan kita lagi-lagi kalau mereka makan tambah-tambah rasa nak senyum lebau-lebau orang kata sedap. 😋

Tapi betullah bila kita memberi Allah akan tambah lagi rezeki kita. Kadang waktu yang kita tak jangka pun. Nak murah rezeki jangan kedekut dengan orang terutama dengan keluarga lagi- lagi mak ayah kita, adik beradik. Tak rugi pun sebenarnya bila kita memberi si penerima akan mendoakan kita. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak Allah bagi pada kita. Kadang-kadang benda tu nampak simple je tapi ganjaran dia memang sangat ajaib..

Rezeki tak semestinya datang dari segi wang ringgit sahaja, dikelilingi orang yang baik-baik tu pun dikira rezeki. Ada masa Allah temukan kita dengan orang yang tak sepatutnya yang boleh buat kita rasa sedih, kecewa, dan juga marah tapi InsyAllah itu bertujuan untuk didik hati kita jadi lebih sabar dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Hidup ini kalau nak tengok dari sudut negative saja memang takkan best, hidup pun rasa boring je. Cuba ubah, negative kepada positif insyAllah everything turns out very well. Lets do it guys! till then......adios 💋

10.28.2018

Mula - mula

Bismillahirrohamnirrohim....


"Ya Allah........."


Sederhana indah yang aku dambakan mungkin tidak sama dengan orang lain. Malah ia mungkin juga biasa di mata masyarakat sekeliling. Walau sederhana indah yang aku inginkan ini biasa InsyAllah ia lebih dari cukup.  Doa-doakan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ye! 😊

Mungkin akan tercoret sedikit sebanyak cerita disini. Cerita mungkin sekadar cerita dan mungkin cerita yang akan jadi kenangan suatu masa nanti. Insan kerdil yang biasa-biasa ini kerap kali kecewa ditolak bagai tiada nilai. Tapi kita dimata manusia tidak sama dengan kita dimata Tuhan. Usah kecewa TuhanMu masih ada dan Dia Maha Mengetahui. Walau ramai yang menolak tapi ramai juga yang sayangkan? 

Kecewa, maka berceritalah denganNya, dengan Tuhan yang satu, Allah. Never underestimate the power of Doa. Power dia sangat luar biasa. Ada masa mengadulah pada Dia, berceritalah sebanyak mana nak bercerita walau nak menangis sekalipun. Sebab Allah Maha Mendengar. 

Bahagia

Hey, rindu sangat nak spend masa menaip disini, rindu nak taip panjang-panjang bercerita macam- macam seperti dulu lagi. Tapi apakan daya k...