Sekali Cuba Pasti Nak LAgi ^^

Assalamualaikum

Apa khabar y'olls..chat x? Hopefully sihat sejahtera disamping insan-insan yang dikasihi...okey semua actually saya baru balik dari breakfast. Hari nie breakfast dengan Angoh dan juga kawan-kawan yang lain dekat Restoran Nasi Kak Wok. Mesti ada yang pelikkan dan sudah tentu ada yang x tahu tentang Nasi Kak Wok nie..ok mari saya tunjukkan cmne rupa Nasi Kak Wok..Nasi Kak Wok merupakan salah satu hidangan selain Nasi Kerabu, Nasi Air, dan Nasi Berlauk yang terkenal di Kelantan. Jangan xtahu Nasi Kak Wok merupakan nasi bungkus No1 Kelantan dari segi populariti dan kualiti rasanya yang sangat sedap walaupun ianya simple. Nasi putih panas yang dihidangkan bersama lauk utamanya gulai ayam tradisional Kelantan yang memukau dan sambal yang istimewa. Harga sebungkus Nasi Kak Wok adalah diantara RM1.50 - RM3.50 sahaja. Harga sebungkus Nasi Kak Wok tidaklah mahal mana pun tapi untk mendapatkan sebungkus nasi Kak Wok memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana korang terpaksa beratur seawal pagi sebab Nasik Kak Wok nie ada ramai fans so korang kena bangun awal pagi okey! Kebanyakkan restoran yang menjual Nasi Kak Wok mula berniaga awal pagi sehingga tengahari. Tengahari merupakan waktu puncak penjualan Nasi Kak Wok nie belum tentu korang akan dapat menikmati kelazatannya kalau korang pergi time tengahari.. So siapa yang bukan orang Kelantan korang kena try nasi nie. Comfirm korang akan angkat ibu jari tangan korang. Serious memang sedap walaupun nasi nie berlaukkan ayam korang dan kuah gulai sahaja. Buktinya, seorang lecturer saya dari Terengganu pun sudah terpikat dengan kelazatan nasi nie. Sudahlah sedap, harganya pun murah..berbaloi-baloi bukan..;) Hari-hari pekena Nasi Kak Wok pun xcemuh..:P


Kalau yang suka pedas jangan lupa minta sambal lebih! :)

1 comment:

Post a Comment