Dream Come True


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum

Sebelum nie masa belajar sejarah kat sekolah dulu aku pernah tertanya-tanya macam la agaknya suasana dalam Dewan Undangan Negeri semua tue..Masuk dalam Dewan Undangan Negeri salah satu wish yang ada dalam wish list aku. Alhamdulillah, kali nie impian aku untuk menjejakkan kaki dalam dewan nie tercapai apabila adanya Majlis Pelancaran Dewan kali ke-4..aku dapat menikmati suasana kemeriahan tersebut sendiri. And now semua berlaku depan mata aku. Memang excited sangat. Mulanya semalam aku, Qis & Kak Tika masuk dalam dewan tue sebab tolong Pak Cik Sin & Abang Yie tagging kat semua kerusi yang ada dalam dewan tue bagi memudahkan para tetamu yang hadir untuk majlis esok. Mula-mula masuk dalam tue aku memang kagum. Semua cantik..rasa macam mimpi je semua nie berlaku. Aku hanya budak praktikal tapi dapat masuk dalam tu. Abang Yie kata bukan semua orang boleh masuk dalam dewan nie. Kiranya aku antara yang bertuah. =) Dah selesai tugasan yang Abang Yie berikan pada kami, die suruh la kami ambik gambar dalam dewan tue sebagai kenangan...betol la. Bila lagi nak masuk dalam dewan tu lagi kan? Abang Yie pesan boleh ambik gambar tapi jangan duduk kat kerusi utama, kerusi kuning tu je xleh duduk. Sorang je layak duduk kat kerusi tue. Kalau orang lain duduk kira murka. 

Dewan Undangan dari atas

Chandelier

Memang gah!
Serious dalam dewan tue serba serbi gah! Chandelier dalam tu memang besar, penuh kesenian. Terdapat logo negeri pada chandelier tue..kalau korang tengok chandelier tu mesti korang pun ternganga cam aku jugak. Memang xleh imagine macam mane la orang yang buat chandelier tu mesti makan masa yang lamakan? Amat selesa bila ada dalam tue..kerusi & carpet dalam tue semua empuk-empuk. X percaya? Bila pijak korang akan rasa cam sangat lembut gitu. Rasa nak baring kt carpet tu pun ada..hehe..:P  


P/s:Memang serious amat terharu diberi kesempatan nie..Terima kasih Boss..:) Esok perasmian dewan mesti lagi best..:)

Sila terbalikkan lappy anda..:P

No comments:

Post a Comment