Cuti-Cuti Hujung Minggu

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah selamat sampai rumah dari Kuala Terengganu..aktiviti yang kononnya travel berjalan dengan lancar walaupun hanya dalam tempoh masa yang singkat. 2 hari dan semalaman tapi amat berbaloi trip kali nie..jom mulakan aktiviti bercerita kita..yukk..(^-^)

Perjalanan dari rumah ke Kuala Terengganu mengambil masa selama hampir 2 jam, kami bertolak pada pukul 11 pagi..mulanya agak xpercaya sekarang Pok Nik dah drive laju dari biasa, biasanya slow aje..bukan apa jaga keselamatan so kenalah jadi pemandu yang berhemahkan? Kami ke Kuala Terengganu dengan menaiki Rexton Pok Nik dan bukan Myvi pink Cik Kuttiey ye!! *cehh..padahal aku sememangnya xdapat memilikinya lagi!* xpe2 nanti akan ku usahakan sehingga myvi Pink idaman hati jadi milikku..=) 


not mine tapi Insyallah 1 fine day u r mine!


So back to our story just now, masa ODW ke sana ada accident..OMG, cuba imagine kereta Proton Saga dirempuh dari belakang dan mengkibatkan bahagian belakang kereta tersebut kelihatan seperti kereta kancil…jalan menjadi sesak sebab ramai yang berkerumun untuk menyaksikan kemalangan ini. Tentang keselamatan pemandu dan juga penumpang kereta tersebut aku tidak dapat pastikan bagaimana keadaan mereka..aku doakan mereka semua tidak apa-apa..amin..

Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai di UDM, tempat Kak Ijah menuntut ilmu. Dah sampai sana kami roger Kak Ijah sebab nak bagi barang yang Cik CHik kirim, then Kak Ijah bawak kami makan di sebuah restoran berhampiran dengan UDM. Kagum aku dengan si owner kedai makan tu..Kak Ijah kata, owner dia orang melayu tapi dia kahwin dengan orang Pakistan. So pekerja dia pun Pakistan Melayu gitu. Tapi restoran tu ada pelbagai jenis makanan. Sume pun nampak sedap. Antara menu nasi kukus, nasi beriani, nasi ayam and kalau korang nak nasi campur dan ikan bakar pun ada kt sini. Yang best restoran nie dibuka 24hours a day. Dalam sehari macam-macam lauk pauk dihidangkan. Semua sodap! Tapi aku xmakan pape pun time tu..even perut berkeriuk lapar tapi nak simpan space untuk makan petang nanti dengan Eylah..(6_6)

Dah kenyang perut senang hati, kami ke UDM sebab nak hantar Pok Nik g sembahyang Jumaat. Lepas hantar Pok Nik, ktorg pun ke bilik Kak Ijah..kat bilik Kak Ijah, dia tunjuk shawl die dengan inner yang dia baru beli..OMG, omey! Aku like banyakbanyak..suka! Then, Kak Ijah ajak aku g bilik senior dia sebab senior dia tu ada jual shawls, stock baru sampai!..so disini aku berjaya merembat 2helai shawls dengan jayanya..duadua shawls tu omeyomey! Aku like lagi..(+_+) teheee~ tetibe sepupu aku, dak Mira tue pun berkenan dia pun nak shawl jugak tapi nie first time dia nak try pakai. So die pun macam aku jugak merembat 2 helai shawls dengan muka xbersalah..good job!! 
*duit terbang~*



Penyamaran hebat sebagai kubis di ladang

Selesai Pok Nik sembahyang Jumaat kami pun meneruskan perjalanan ke BAtu Burok sebab Pok Nik Kena check in chalet secepat mungkin. Dalam kereta dak Mira tersengih je dengan penampilan baru beliau..haha..aduyai! *Come lote demo*..hehe..(^_*) Dalam pukul 3 lebih kami sampai Batu Burok Chalet. Chalet tu kecik je tapi okey la..location dengan dengan Tenang Seafood tue je. Dah selesai check in, aku dengan dak Mira rehat-rehat dulu sementara tunggu Eylah sampai. Excited gilos muka aku jumpa dengan Eylah macam-macam cerita kami bualkan..seronok! Dak Mira pun kamcing dengan Eylah..dak Anis pun sama..dah macam lama kawan aje lagaknya..tehee~



Penuh dengan anakanak cikgu sekolah Pok Nik je!
Our first destination, Giant..kenapa Giant? Sebab aku nak beli shawls and inner kt sini..lagipun Kak Ijah and Kak Mimi janji nak jumpa ktorg kt sini. Dan disini aku telah berjaya merembat 8 helai inner yang super comel.hehe..Suka lagi! Tak lupa jugak sehelai shawl..macammacam design kt sana semua pun berpatutan..so duit terbang lagi..! (@_@) settle bab borong shawls Kak Ijah and Kak Mimi ajak g karok..aku macam biasa la tukang nengok aje..aku kan pemalu..aku just tengok dak-dak ni nyanyi je..nie first time aku ke tempat karok..jakun giles kan aku?? Lantak laa~..(#_#)


Shopping with her

Akulah tukang pemerhati yang setia :)
Lepas tu aku, Eylah, dak Mira dan jugak Anis g makan kt bawah jambatan. Restoran sotong celup tepung yang super sedap tu..mulanya janji dengan kak Ijah and kak Mimi akan ke sana jugak. Tapi dah order sume untuk 6 orang makan then kak Ijah gtaw yang dia xdapat join. So terpaksalah kami ber4 makan sume tu. Nak tahu apa kami order? Sup daging, 3 ekor sotong celup tepung yang bersaiz besar, Ikan pari bakar 2 ekor, nasi putih & minuman..mulanya Eylah ingat semua tu xabis, tapi akhirnya sume licin..sape punye keje? Budak Anis & Dak Mira..hebat! xpadan dengan kecik...:) Dak Anis kata sedap! :)



Bukan setakat makan tapi melantak! (@_@)


Kemudian kami ke YPK ambik Audi before pergi Jom Heboh. Dah sampai Jom Heboh aku, Eylah & Audi x g manamana sebab sesak sangat. 


Jom Heboh with him
So kami balik je lah..dah hantar Audi next kami balik Kerawang. Kerawang dah bertukar wajah. Banyak perubahan, semakin maju..cehh..time kami xde ade jew something new..unfair! :P so sila tgk gambar si bawah ye..:)

Belakang blok sutera
Setiap tangga ada nie..
Tepi umah Encik Raja

Kerawang sekarang makin cun..istana kt belakang kolej pun dah hampir siap.. serious rindu kawan-kawan! uhh..cepat la masa...rindu sangat! Kesian Eylah dia kata dia sunyi, xde kawan..malam tue aku lepak dengan ex-roomate, Hani. Lepak dengan Hani & Eylah sampai lewat malam..seronok. Macam-macam cerita..:)

The next morning at 8 a.m. aku dengan Eylah g ambik dak Mira & dak Anis kt Batu Burok Beach Resort. Then we having our breakfast, we ate Nasi Dagang with Ikang Ayo (Ikan Tongkol)..sedap sangat, harga pun RM2.50 je sepinggan murahkan? :)

Perut dah kenyang hati pun senang..kami pun balik ke resort. Dah settle kami pun meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal & Giant before singgah kt UDM sebab kami dah promise dengan Kak Ijah nak lunch sekali dekat restoran nasi kukus yang famous tu..so layan la adegan kami di Taman Tamadun Islam..

From him :)
cERIAkan? :)
soo sweet!

candid la konon..





Ada lagi gambar-gambar lain sila rujuk di Facebook aku ye..malas nak upload banyak-banyak kat sini..so best la jugak dalam nie..comel-comel replika dalam nie..kagum aku dengan pencipta replika-replika nie..dah la kecik banyak ukiran sume tu..cayalah! Bagi aku berbaloi la masuk TTi nie walaupun harga tiketnya RM15 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak-kanak..tapi nanti korang akan dapat kupon makan RM3 dan juga RM2 bagi harga ole-ole daripada harga tiket tue..berbaloikan? Penat jugak pusing dalam nie..luas jugak kawasan dalam nie..kat enterance lepas bayar harga tiket korang akan dapat pasport..pasport nie valid sampai korang masuk untuk kali ke 3 ke TTi nie. Harga untuk kali ke 2 dan ke 3 sama tapi dapat lebih banyak kelebihan contohnya, dapat ride Buggy dengan free around TTi tue..syok abes! (^_^) so sape yang xpernah dapat sini lagi silalah ke sini ye..best sangat..comfirm anda sume tidak akan menyesal..



Selamat Cuti-cuti Malaysia!

No comments:

Post a Comment