3 In 1 last Friday

Assalamualaikum

Kisah yang aku nak ceritakan nie bukan berlaku harinie, tapi 2 hari yang lepas iaitu pada hari Jumaat. Tapi event nie antara event terbaik bagi aku sebab almost semua family aku ada kt event nie. Sape yang xde tu xpe, next time kita gather lagi ye! Btw, aku rindu kalian. Buat mek shahira shuhada busy teh demo loni! ahah..:P

oke2, berbalik pada cerita asal aku tadi. Hari Jumaat yang lepas Cikma a.k.a mak saudara yang dok tepi rumah aku merangkap jiran aku telah mengadakan majlis tahlil buat arwah mek & ayoh, Maulidur Rasul & akikah..complete 3 in 1! Seronok abis meriah sakan. Majlis bermula lepas solat Jumaat. Penuh rumah Cikma yang besar tu dengan orang kampung. Aku nie dok bahagian dapur je tolong mane patut. Mula tolong lap pinggan mangkuk, lepas tue angkut air basuh tangan..biasalah aku kan gagah..:P

Penat xyah nak cite memang penat sangat dari lepas solat Jumaat sampai petang tetamu datang xputusputus..sakit belakang aku dok punggah gelasgelas nk g cuci sume tue. Hidang lauk pauk, tue pun nasib baik lauk pauk semua tu catering je..kalau masak sendiri camne? Aduyaii..dulu memang family aku masak sendiri tapi sekarang da xdah sebab shortage tukang dapur. Nie la akibatnya bila nisbah tukang makan lebih banyak daripada tukang masak..:p

Dah tolongtolong kt dapur budak kecik Yana Yoni tu asyik dok dengan aku je..abes orang kampung ingat tu anak aku..woii..aku nie xkawen lagi la..muka aku dengan YAna mane same..xyah la g tanye mane laki aku..malu kowt..+_+ Then, budak Yana panas so aku g la mandikan dia.. suka dia main air, sekali tetibe budak mimi pulak nak suh aku mandikan jugak. Memang terbaik la abis basah baju aku sebab budak 2 orang nie..mase mandikan dorang dalam hati aku, aku bermonolog sendirian..

 **mampukah aku jadi ibu yangbaik buat anakanak aku nanti?? 
mampukah aku jadi isteri yang setia dan taat pada suami aku nanti??
 anak yang solehah pada kedua orang tua aku??**


mampukah!!


Dah siap mandikan budakbudak aku pakaikan baju semua..da settle. Tetiba mok su datang dok tepi aku, bisik kat telinga aku...

"Kak tie, mok su kenal doh gewe kak tie...."

zaaappppp...bedesup darah aku..ahahah..terkantoi sudaaa..aduyai..then aku buatbuat muka comel..

"Mok su tahu mano??.."

"Mok su tengok kat blog kak tie..."


oke2..Shahira kamu selamat kali nie..nanti kita jupa siap kamoo! ahaha..

Then sambil lap pinggan mangkuk Mok su interview aku lagi, waahhh! mak saudara aku memang superb da macam reporter berjaya da..banyak soalan..aku pun jawab aje la..pape pun pandai Mok Su korek rahsia aku!! :)


Majlis hari tue berjalan dengan lancar..seronok!


Sila jamu mata..


Gulai daging kambing, kerutuk daging, ayam goreng, ikan bilis sira, acar & sambal belacan
Drinks & dessert section
Bukan kami yang masak
Anak Dara
Mok su, Kak Wani, Mok Ngoh
Budak Mimi yang comel
Suraya sentiasa cantik, itu bukan anak beliau!
Pok Ngoh & Pok Nik
Selawat selepas Solat Jumaat
Yana Yoni
Aku la!

No comments:

Post a Comment