Walau Sakitnya Perit

Assalamualaikum

Pagi ini saya mulakan hari saya dengan keadaan yang ceria. Bangun pagi, kemas katil lau bergegas ke bilik air untuk mandi seperti harihari yang lepas walaupun saya dalam keadaan yang mengantuk teramat memang saya tidak cukup rehat kebelakangan ni. Tapi xpe ini sebuah pengorbanan yang saya perlu lakukan untuk masa depan saya. Setelah usai mandi saya bersiap untuk ke tempat kerja. Setelah mencapai handbag dan beg laptop yang berada di atas sofa saya masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta saya tertidur sehinggalah umie mengejutkan saya apabila tiba di kawasan pejabat. Saya memang teramat penat dan memerlukan rehat yang cukup. Tapi saya masih bersyukur kerana adanya cuti hujung minggu. Jadi antara setiap kali hadirnya hujung minggu saya akan memilih antara Jumaat dan Sabtu hari yang mana saya akan berehat di rumah dan hari yang mana saya akan keluar bersama teman-teman saya.

Namun begitu sebaik sahaja selesai punch card saya duduk di tempat saya tiba-tiba saya dapat 1 pesanan ringkas yang berbaur ada kaitan dengan isu post saya yang lepas yang mengakibatkan saya hampir tutup account kerana perkara bodoh itu..=_= Perkara bodoh yang menyusahkan hidup saya. Akibat pesanan ringkas tersebut hari saya tidak ceria mood saya spoil hanya kerana pesanan ringkas tersebut. Maafkan saya anda telah buat saya menyampah. Sumpah memang anoyying. Disini saya ingin menegaskan bahawa setiap coretan saya di dalam blog ini adalah mengenai kehidupan saya. Semua yang saya alami. Jadi tolong jangan menyibuk disini dan bercerita tentang postpost saya jika anda sememangnya tidak tahu apaapa. Harap maklum yang satu itu.Sila hormati privacy saya jika anda ingin orang lain menghormati privacy anda!  Di post yang lepas saya tidak menyatakan siapa yang mengeluarkan statemant tersebut. Memang saya akui saya berkecil hati dengan statement tersebut tapi memang sikap saya tidak perlulah untuk mengumumkan kepada semua orang bahawa saya sedang berkecil hati. 

Begini sahajalah untuk mempermudahkan cerita kita. Kita jaga kain masingmasing. Xyah sibuksibuk jaga tepi kain orang. Kadangkadang bila kita jaga kain orang kita xsedar kain kita sendiri terkoyak. Begitu juga dengan mengumpat. X usah la mengumpat bila kita mengumpat tentang seseorang, kita x tahu yang 10 orang lagi mengumpat pasal kita. Jadi lebih baik kita tutup mulut bukan? Xyah la susahsusah nak topup dosa. xberbaloi pun..saya berharap agar insaninsan yang tidak tahu menahu tentang post saya yang lepas usah la campur tangan. Saya lagipun tidak memerlukan sesiapa untuk turut serta campur tangan dan mengucar kacirkan keadaan kerana saya sayang silaturrahim yang ada di antara kita. 

Sekian terima kasih

"Walaupun susah aku bangkit sendiri"

No comments:

Post a Comment