Kata orang

Masyarakat kita lebih suka mendengar kata orang lain, tidak percaya pada diri sendiri. Pandangan masyarakat terhadap kita lebih penting berbanding pandangan dan pendapat diri kita sendiri. Hampir 21 tahun aku melihat dunia..semakin dewasa, aku semakin memahami..cuba lihat sekeliling mungkin apa yang aku lihat ini benar..pandangan kita mungkin berbeza tapi bagi aku cara hidup dan pemikiran kita berdasarkan pengaruh orang sekeliling. Contohnya, bila orang mengumpat, kita sibuk join sekaki dengar apa yang diumpatkan..kadang-kadang kita mudah percaya walaupun hakikat sebenar cerita yang diceritakan itu tidak benar sama sekali..sedih bukan bila jadi begini..bercerita memang syok tapi ada korang semua fikir apa kesan pada orang yang diumpat itu? Senang cerita letakkan diri korang semua pada tempat orang yang diumpat tu..apa korang rasa? Marah, sedih, dan tidak mustahil tersentap jugakan? Mulut kita memang jahat..macam-macam fakta kita putar belitkan. Macam-macam cerita kita tokok tambah. Lagi satu, masyarakat kita suka melebihkan orang kaya daripada yang miskin. Aku naik hairan..benda ni jadi pada aku..aku saksi, aku dengar sendiri..aku ada seorang adik perempuan, dia adik bongsu aku. Usianya sama dengan anak sepupu aku. Kedua-duanya telah mendapat keputusan MRSM pada hari ini. Alhamdulillah..adik aku berjaya mendapat tawaran ke MRSM Kuala Berang, manakala anak sepupu aku tidak. Mungkin rezeki adik aku..alhamdulillah Ya Allah..kau berikan kebahagiaan buat adik aku..syukur..berita gembira ini disampaikan pada ahli keluarga yang lain. Ada salah sorang daripada mereka berasa adik aku tidak layak ke sana, sepatutnya anak sepupu aku yang lebih layak. Aku mula tertanya pada diri mengapa? Sedangkan keputusan UPSR mereka sama. Mengapa adik aku tidak layak ke untuk belajar di MRSM? Aku tahu keluarga aku miskin. Tapi rezeki masing-masing Allah sudah tetapkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada..kaya bukan untuk riak, miskin bukan bermakna kita perlu pasrah dengan apa yang sudah ditetapkan. Tapi kita perlu lebih berusaha untuk mencapai apa yang kita mahu dalam hidup ini. Agak kecil hati aku rasa saat ini setelah mendengar sendiri apa yang diungkapkan oleh insan tersebut. Tapi buat apa untuk rasa kecewa. Beginilah statement yang dinyatakan tadi..

Bakpo Asmaq dapat? patutnya **** la hop dapat..

cuba jika korang yang berada ditempat aku mungkin korang akan rasa apa yang aku rasa. Mengapa masyarakat kita tidak celik? Pemikiran masih ditakuk lama..yang miskin kini berlumba-lumba berusa untuk menjadi setanding dengan yang kaya itu hakikat. dari mana datangnya yang kaya kalau bukan dari miskin? Tepuk dada tanya selera masing-masing. Ada otak boleh fikir..Sejujurnya, aku anggap apa yang disampai hanya sebagai angin lalu. Berlalu pergi begitu sahaja..lagi orang kata, lagi aku dan adik-adik xmudah berputus asa. Kami lagi ingin buktikan yang terbaik. Kami anak umie dan baba. Kami xpernah menyesal menjadi anak mereka. Alhamdulillah..kami kini semakin mengorak langkah mengapai cita masing-masing.

Buat adik-adikku,

Anis, Iman dan juga Asmaq..selagi kita mampu kita usaha untuk buat yang terbaik, abaikan apa orang kata. Miskin bukan bermakna kita xmampu untuk berjaya. Tengok dimana kita berada sekarang. Semuanya terjadi dengan usaha kita masing-masing. Jangan dengar apa orang kata yang penting kita buat apa yang kita impikan dalam hidup kita. Hidup kita, kita yang tentukan bukan mereka..jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk patahkan semangat kita..


Aku da buat keputusan aku akan sambung belajar dan keputusan aku muktamad! hidup aku, aku tentukan.Terima kasih kak Ijah you make me feel better..sekian sahaja buat kali ini..kadang-kadang sebab mulut badan binasa..=)

No comments:

Post a Comment