Makna Air Mata Ibu


Seorang anak tidak mengerti mengapa ibunya menangis. Baginya air mata seorang ibu boleh ditafsirkan bermacammacam, ibu menangis kerana gembira, ibu menangis kerana sedih. Pendek kata, tidak kira situasi itu gembira atau duka ibu pasti menangis. Inilah yang sering menjadi persoalan mengapa ibu menangis?

Namun bagi ibu pula, jawapannya mudah, ibu menangis sebab ibu wanita. Jawapan yang mengundang tanda tanya, membuatkan anak tidak mengerti walaupun ibunya menjawab dengan senyuman malah memeluknya dengan erat sekali.

Soalan sama ditanya juga kepada ayahnya: Mengapa ibu menangis? Jawapan ayah lebih memeningkan kepala anak. "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.."

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak menjadi remaja dan tetap tertanyatanya, mengapa wanita menangis. Sesungguhnya Allah ada sebab mengapa wanita mudah menangis. Saat Allah menciptakan wanita Dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah menciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat daripada rahimnya dan seringkali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri... Allah memberikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita diberikan oleh Allah dengan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah, dan tanpa berkeluh kesah. Allah berikan wanita perasaan peka, dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apa pun. Biarpun anakanaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anakanaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembut ibu memberikan keselesaan dan ketenangan. Allah juga berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankan tulang rusuk suami melindungi setiap hati dan jantung wanita?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Sering kali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah memberikan air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilabila masa sahaja dia inginkan.

Usah rasa bersalah jika perlu menangis. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata!



By mw~

No comments:

Post a Comment