Palitan Warna Itu Indah..

Hidup..sentiasa indah, ceria tapi kadang-kadang hujan hadir tanpa dipinta. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dirintangi. tawa, senyum sentiasa terlakar di bibir mungkil yang comel walaupun tanpa secalit gincu sebagai penyeri, bagai sebuah kanvas terlakar indah dengan pelbagai adunan warna. Hidup aku, yakni sebagai seorang pelajar yang sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik dalam hidup ini. Demi aku, diri aku, kedua orang tua ku yang aku sanjungi, dan tidak lupa adik-adik aku yang suka buat aku pening dengan kerenah mereka. Namun aku bahagia disamping mereka..yg aku cintai. Study..study..menelaah pelbagai ilmu pengetahuan. Betul la kata orang, ilmu itu seluas lautan dan tidak mungkin untuk aku harungi sehingga ke dasar lautan yang paling dalam sehingga menemukan aku dengan Spongebob yang sedang sibuk menggoreng Crabby Patty di restoran Encik Crab, bertemankan Squidward sebagai cashier yang amanah lagi jujur dalam melaksanakan tugas itu..=P Baiklah, sekarang berbalik pada cerita asal aku tadi, kehidupan sebagai seorang pelajar dan apakah perasaan aku sebagai seorang pelajar terutama sekali apabila tibanya saat final exam? Semuanya jadi haru biru dan ini bukan disebabkan oleh nila yang tertumpah tetapi diakibatkan persiapan untuk mengharungi final exam tidak cukup lengkap. Boleh diibaratkan seperti askar yang terlupa untuk membawa sebarang senjata sewaktu bertempur di medan perang..Itulah rasanya yang aku rasa...Biasalah aku memang pemalas. Last minutes, barulah sibuk mencari bahan untuk dibaca. Time final exam barulah nampak yang aku nie seorang yang rajin macam ulat buku yang berwarna hijau kekuningan tue.. Study balik apa yang di ajar oleh lecturer aku dari hari pertama kuliah sehingga hari terakhir..memang banyak..tapi serves you right la kan ..Kena pula dengan musim hujan begini kepala asyik ingat nak tido, perut asyik mendendangkan irama yang mengasyikkan mintak untuk diisi, si mulut asyik nk mengunyah, dan si mata kian layu..Semua menguji kesabaran...KUAT!! Aku perlu harungi semua nie, ini dugaan semata-mata..Rutin aku sepanjang final exam..study, makan, tido & then kadang-kadang aku main-main..Itulah yang aku buat..entah berapa puluh kali aku rotate buat benda yang sama aku pun xtahu. Muak dan jemu semua aku tolak tepi. Umie...nk balik.. Da banyak kali aku gtaw umie aku nk balik..umie pula sememangnya ibu yang sporting suruh aku balik..hati mula terasa sebak, air mata bermain ditubir mata. Menari-nari sementara menunggu saat untuk gugur di pipi gebu.. Haaahh..aku bukan di perantauan tapi hanya di negeri yang terkenal dengan keistimewaan keropok losong, Terengganu. Bukannya jauh mana pun kalau nk dibandingkan dengan adik aku yang kt Mesir tue.. Mak cik aku pernah kata..."Cikma dok nepik sini, Atie hop dok denuh boleh dengar soro Cikma"...Dekat? Bagi aku destinasi yg dikatakan dekat inilah yg menghalang aku untuk menatap wajah Umie setiap waktu..Tapi inilah satu pengorbanan yang aku buat demi masa depanku. Final exam da lama bermula dan hanya tinggal satu kursus lagi untuk aku tempuhi. Pejam celik, pejam celik...aku sudah ingin meninggalkan negeri ini..doakan aku agar aku lulus semuanya semester ini.. Disini aku perolehi seribu satu kenangan yang mana semuanya akan ku abadikan dan susun kemas dalam memori kerana disini pelbagai kisah tercipta antara AKU, KAU..KITA...

No comments:

Post a Comment