Lata Tembakah, Jerteh

Nice waterfall, suasana mendamaikan..sejuk mata memandang..

Subhanallah ciptaan tuhan..kagum aku pada maha pencipta alam..

Perjalanan selama sejam lebih kami tempuhi ( tu pun sbb Kak Ijah drive laju)..

Dari Kota Bharu ke Lata Tembakah, Jerteh hampir 90km..

Jauhkn?? Tapi bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan..

Seronok macam-macam cerita kami kongsi..

Kami bertolak dari umah Kak Ijah pada pukul 2.30petang..

Kami seramai 11 orang menaiki 2buah kereta..

Before bertolak Kak Rika masak mihun goreng & keropok..

Manakala aku plk sediakan sandwich..=)

Dah packing mana yang patut kami bertolak..

Sebaik saja sampai di daerah Jerteh hujan mulai turun..

Mula-mula rintik-rintik je..

Tapi makin lama makin rancak..

Aduhaii..tapi alang-alang menyeluk pekasam kami redah je..

Sampai je kt Lata Temabakah masing-masing muka excited..

Cantik tempat tu..

Dalam Malaysia banyak tempat untuk dilawati tapi mengapa overseas menjadi pilihan ramai??

Hairan aku tentang yang satu itu..

Kerajaan mengadakan kempen Cuti-Cuti MalaysiA tapi nampaknya ia hanya disambut oleh mereka dari luar Negara..

Maksud aku bukanlah rakyat Malaysia x support tp kurang memberangsangkan mungkin..

Tentang hal ini masing-masing perlu tepuk dada dan Tanya selera masing-masing..

Kerana kita berlainan pendapat..

Dan mungkin bukan 100% menyokong statement berani mati aku tadi..=P

Kami Seronok bukan main..biase klu nk main air main kt swimming pool je..

Tu pun kadang-kadang ade rules..

Such as no t-shirt allowed, need to wear swimming suit..

yA ampun..mmg sah kami x jadi mandi klu ade rules tu..

Walaupun tahu rules tu dibuat demi keselamatan

But really sorry..

Sebaik saje sampai kami diminta untuk melapor diri di pondok pengawal kerana ada kejadian lemas baru berlaku..

Kami melantik Abg Rahimie sebagai leader group kami..huhu

Macam g camp je..kami juga dinasihatkn agar menjage adab pergaulan..

Pak cik tu ingat kami datang dengan pasangan masing-masing..

Lepas da explain semua baru pak cik tu faham yg kami family.

Ramai sangat kt tempat tu kebetulan hari Sabtu..

Ada yang dating dengan family members..and ada yang dating dengan couple masing-masing

Kalau Chik, umie, mak su sume ade mesti lagi best…

Lepas da cari tempat yg sesuai kami mula turun..

Airnye sejuk..

Mendamaikan…hilang tension..

Walaupun hujan masih renyai-renyai pengunjung makin ramai

Mulanya kami bercadang untuk pulang pada pukul 5.30petang tapi pukul 6 petang baru kami bertolak balik..

Unik Lata Tembakah seperti Hutan Lipur..

Selain dari berseronok dapat juga ilmu pengetahuan tentang nama-nama pokok yang terdapat dikawasan tu..

Facilities disitu pun banyak..

Ade playground for kids..

Kalau ade kesempatan insyallah kami akan ke sana lagi..

Sebelum pulang kami singgah di rumah Mak Ngah di Tanjung Chat untuk menunaikan solat Magrib..

Kebetulan Mak Ngah ada buat makan-makan sikit..

Seronok pengalaman nie..

Walaupun penat tapi it was really fun..

p/s: kepada sesiapa yg memiliki Kelisa putih no plt DBB 88…thnx menjadi pesaing kami pada harinie..=) & Insyallah next destination aku ke Sekayu..yeayhh..moga sampai disana nnty~

No comments:

Post a Comment