kau menyayangiku..

kau menyayangiku
seperti bumi
menyayangi titah tuhanmu
tidak pernah letih
menanggung beban derita
tidak pernah penat
menghisap luka
kau menyayangiku
seperti matahari
menyayangi titah tuhannya
tidak pernah letih
membahagi cerahnya cahaya
tidak pernah letih
menghangatkan jiwa
kau menyayangiku
seperti air
mencintai titah tuhanmu
tidak pernah letih
membersihkan lara
tidak pernah letih
menyejukkan dahaga
kau menyayangiku
seperti bunga
mencintai titah tuhannya
tidak pernah letih
menebar mekar aroma bahagia
tidak pernah letih
meneduhkan gelisah nyata...

No comments:

Post a Comment